
SOLUSI PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Jaga Kesihatan Jantung Dengan 30 Kali Ganda Antioksida
Penyakit kardiovaskular terdiri daripada kegagalan fungsi jantung dan serangan jantung. Kegagalan fungsi jantung berlaku akibat jantung yang lemah atau rosak. Dalam keadaan ini, jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi ke badan, atau otot jantung tidak mengendur sepenuhnya untuk mengisi darah yang mencukupi. Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung berkurangan atau terputus sepenuhnya. Apabila sebahagian daripada otot jantung tidak mendapat oksigen yang diperlukan untuk terus hidup, ia mula mati.

RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Gangguan Kesihatan Yang Lazim Terjadi

01. SERANGAN JANTUNG
Salur darah tersumbat akibat plak kolesterol boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

02. STROK
Aliran darah ke otak boleh terhalang atau pecah, menyebabkan strok yang boleh membawa maut.

03. TEKANAN DARAH
Jantung perlu bekerja lebih keras, meningkatkan risiko kegagalan jantung dan penyakit lain.

04. ATEROSKLEROSIS
Pengumpulan plak dalam arteri menyebabkan salur darah sempit, mengganggu aliran darah.

05. ANEURISME
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri membengkak dan pecah, yang boleh membawa maut.

06. MATI PUCUK
Aliran darah yang lemah boleh menyebabkan masalah seksual pada lelaki.

07. PEREDARAN DARAH
Aliran darah ke kaki dan tangan terganggu, menyebabkan kesakitan dan luka sukar sembuh.

08. GAGAL JANTUNG
Jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik, menyebabkan keletihan dan sesak nafas.

09. IRAMA JANTUNG
Jantung boleh berdegup terlalu laju, perlahan, atau tidak sekata, meningkatkan risiko serangan jantung.
Saranan Produk

Minyak zaitun yang kaya dengan polyphenols membantu menunjukkan kesan kardioprotektif yang signifikan (Donat-Vargas, 2022).

Cuka buahan asli membantu pencegahan penyakit kardiovaskular, dan perlindungan hati dan antitumor (Xia, 2020).

Ekstrak daun dan buah zaitun membantu pengurangan BP sistolik, LDL, dan biomarker keradangan yang memberi kesan kepada kesihatan kardiovaskular (Ismail, 2021).

Jus dan pati delima membantu pengurangan simptom kardiovaskular seperti kolesterol dan LDL yang tinggi (Gonzalez, 2017).

Minyak habbatus sauda mempunyai kesan kardioprotektif dan anti-hipertensi pada tubuh manusia (Hannan, 2021).

Madu membantu mengurangkan risiko gangguan jantung koronari (Samarghandian, 2017).
Cadangan Pengambilan
Ambilan sebelum makan
- 2 sudu besar Minyak Zaitun (2 kali sehari)
- Makanan mula-mula diambil diwaktu pagi dan betul-betul sebelum tidur malam.
- Boleh campurkan dengan Madu sekiranya masih belum biasa dengan rasa zaitun.
Minyak Habbatus Sauda setengah sudu teh 2 kali sehari selepas ambilan zaitun.
Ambilan selepas makan
- Minuman Aafiyat 1-2 kali sehari
- Pati Delima 2 sudu besar atau 5 sudu besar Jus Delima
- Cuka tin 1 sudu besar
- Madu 1 sudu teh
- 300ml air kosong suam/sejuk
Atau
- Bancuhan Cuka Tin 1-2 kali sehari
- 1-2 sudu besar Cuka Tin
- 300ml air kosong suam/sejuk

© Hak cipta terpelihara. Aafiyat Digital Sdn. Bhd (1389079-D)
No. 28-1, Jalan Avenue 1/8, Taman Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
Disclaimer: Testimonials found at this website are results that have been forwarded to us by users of the product. The results may vary for each individual and are not intended to represent or guarantee that anyone will achieve the same or similar results within a specific period of time.